Tuesday 14 June 2011

Sumbangan Keluarga dalam Kejayaan Cemerlang

“ Pelajar di Kedah memperoleh 21A dalam SPM 2007”
“9A Dicapai dalam PMR 2007”
“Kejayaan Faridah dalam UPSR Didorong Keluarga”
Perkara ini sudah sinonim dalam generasi dotkom pada hari ini. Melalui kaca televisyen, lensa kamera dan dipaparkan di akhbar-akhbar tempatan, scenario dan etos kecemerlangan dihebahkan dan dicanang-canangkan di serata negara. Benak fikiran masyarakat pada hari ini kadangkala cukup sempit dan jumud apabila mereka yang membualkan perihal akademik dicop dan dilabel sebagai “mat skema”. Sesungguhnya, stigma masyarakat kontemporari ini perlu diubah dan dineutralkan. Pelajar-pelajar ini sepatutnya dihargai dan dijadikan tamsilan untuk perkembangan diri mereka. Azali Azlan, pelajar SMKA Yan telah mencipta 21A1. Justeru katanya keluargalah yang menjadi factor utama kejayaan beliau. Persoalannya, apakah bentuk sumbangan keluarga sehingga tercetusnya kejayaan gemilang itu?
Pertamanya, keluarga perlu menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak. Memetik kata-kata Franklin D Roosevelt, tokoh filsuf terkemuka Amerika Syarikat,” Segala-galanya bermula di rumah.” Justeru, cukup jelas, konotasi di sebalik madah beliau tersebut ialah keluarga perlu mempamerkan kelakuan yang baik kepada anak-anak. Keluarga merupakan institusi yang paling ampuh dan paling dekat dengan anak-anak. Mereka perlu membantu perkembangan akademik anak-anak mereka. Sebagai contoh, ibu bapa boleh bersama-sama mengulangkaji pelajaran bersama anak-anak. Hal ini akan dapat menimbulkan motivasi yang cukup kuat dan mampu merangsang intuisi anak-anak untuk terus belajar. Jangan menjadikan perbuatan anda seolah-olah “cakap tak serupa bikin”. Perkara ini amat berbahaya kerana anak-anak akan beranggapan ibu bapa mereka tidak serius dalam melaksanakan tanggungjawab. Hal ini akan hanya menjurus kepada pembelajaran yang tidak konsisten dan hanya bersifat acuh tak acuh. Bak kata pepatah, “ bapa borek anak rintik”. Sehubungan dengan itu, tampilkan kepada mereka abet yang sempurna demi kecemerlangan akademik anak-anak.
Selain itu, keluarga juga perlu menerapkan tamdun iqra’ dalam kalangan anak-anak. Dalam era ledakan maklumat ini, persaingan antara para pelajar semakin ekstrim. Justeru, keluarga perlu emnjadi agen pendorong kepada anak-anak untuk melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan. Pepatah Arab kuno ada menyebut, “membaca kunci pengetahuan” atau “al-qiraati miftahul ilmi”. Rentetan itu, melalui amalan membaca yang disuburkan oleh keluarga, anak-anak dapat meningkatkan ilmu pengetahuan mereka dalam segenap bidang. Tabiat membawa anak-anak ke perpustakaan merupakan satu langkah yang cukup bijak untuk menggalakkan anak-anak membaca. Impaknya, sudah pasti anak-anak akan berasa lebih berilmu dan yakin untuk menghadiri kelas. Semua ini bemula dan berpunca daripada keluarga yang berusaha untuk membudayakan ilmu dalam kalangan anak-anak.
Di samping itu, keluarga juga perlu sentiasa mengambil cakna perkembangan akademik anak-anak mereka. Falsafah China ada menyebut ,” hidup ini umpama roda, kadangkala kita di atas, kadangkala kita di bawah”. Doktrin ini memanifestasikan mesej yang cukup jelas iaitu kejayaan manusia tidak abadi dan kekal selama-lamanya. Kadangkala, kita terkandas di tengah jalan. Bak kata pepatah, “ kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari”. Ibu bapa terutamanya perlu memahami situasi anak-anak. Jerkahan dan tengkingan tajam kepada anak-anak tidak patut berlaku apabila anak-anak gagal dalam peperiksaan misalnya. Hal ini kerana perbualan ini hanya akan mengeruhkan lagi keadaan. Kondisi anak-anak akan bertambah parah kerana mentalnya didera dan disumbat dengan makian dan cercaan. Sebaliknya, ibu bapa perlu memberikan sokongan moral dan dorongan untuk mereka terus mencuba. Sekurang-kurangnya, rohani mereka dapat dipulihkan sedikit demi sedikit. Perkara ini amat vital untuk diaplikasikan oleh ibu bapa secara berterusan, bukan bersifat musiman.
Sementelahan pula, keluarga perlu menyediakan keperluan yang mencukupi kepada anak-anak. Acapkali kita dengari, kes-kes pelajar yang tidak lengkap aksesori persekolahannya. Perkara ini bukan berpunca daripada kedaifan atau kesempitan wang, namun perkara ini tercetus kerana sikap ibu bapa yang terlalu mengejar materialistik hingga terlupa akan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak. Sikap “bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing “ ini perlu dibanteras secara total. Keperluan fizikal mahupun mental perlu disediakan dengan lengkap bagi membantu kecemerlangan anak-anak. Sebagai contoh, ibu bapa perlu menyediakan alat-alat tulis yang mencukupi, pakaian yang bersih dan rapi serta tidak dilupakan pengisisan rohani dan jasmani. Sekiranya segala keperluan disediakan, sudah pasti anak-anak akan berasa dihargai dan menganggap dirinya asset yang cukup penting dalam keluarganya. Lantaran itu, anak-anak akan dapat melakar kejayaan demi kejayaan yang gemilang dalam peperiksaan.
Sebagai intiha, keluarga merupakan agen penggerak yang paling utama dalam memacu kecemerlangan akademik anak-anak. Keluargalah yang mengajar anak-anak membezakan yang mana satu kaca dan yang mana satu pertama. Perlu disedari, kehidupan marcapada ini cukup menuntut kita untuk benar-benar cemerlang dalam akademik. Anak-anak perlu peka akan hakikat tersebut dan seharusnya anjakan paradigma diimplimentasikan. Mereka merupakan pemimpin pada masa hadapan dan bakal mewarisi tampuk pemerintahan negara. Mahukah negara kita Malaysia ditadbir dan diterajui pemimpin yang bobrok dan kaya dengan pidana? Sudah tentu tidak. Justeru, ibu bapa perlu mendorong dan memberikan sokongan yang sepenuhnya kepada anak-anak demi kecemerlangan mereka.
Fikiran melayang di hujung benak,
Terkenang kekasih yang cukup disayang,
Keluarga pencetus kecemerlangan anak,
Kelak negara cemerlang terbilang.
Akhirul kalam, keluarga pendorong kejayaan anak-anak. Bersama-sama kita  membentuk generasi yang berpendidikan. “Anak Berjaya, Keluarga Bahagia”

Kepentingan Mempelajari Mata Pelajaran Sejarah

Memetik madah agung, George Santayana, seorang ahli sejarawan dunia, “ seseorang yan g melupakan sejarah pasti akan mengulanginya”. Justeru, bertepatan dengan kata-kata tersebut, mata pelajaran Sejarah telah diperkenalkan dalam Kurikukum Bersepadu Sekolah Menengah. Terdapat pelbagai kepentingan mempelajari mata pelajaran Sejarah.
Pertama, kita dapat menerapkan nilai-nilai patriotisme dalam kalangan pelajar. Semangat cinta akan negara amat vital dan perlu dipupuk dalam sanubari rakyat jelata sejak kecil lagi. Bak kata pepatah, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Lantaran itu, pengajaran mata pelajaran Sejarah dianggap sebagai satu wadah bagi menyuntik semangat kebangsaan ini. Melalui penggaluran semula kisah kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka pimpinan cakerawati Sultan Muzaffar dalam silibus seawal Tingkatan Satu Lagi misalnya, sudah pasti para pelajar akan berasa kagum akan sejarah negara. Maka jelaslah, patriotisme pasti terpasak padu dalam nurani pelajar menerusi instrument ini.
Selain itu, pembelajaran mata pelajaran Sejarah dapat meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai asal-usul negara. Silibus Sejarah selama lima tahun yang cukup komprehensif izharnya dapat member kesedaran kepada pelajar bahawa perjuangan ke arah kemerdekaan suatu ketika dahulu bukanlah sesuatu yang mudah. Dengan kolaborasi dan sinergi antara kaum Melayu, Cina dan India berkat usahasama Tunku Abdul Rahman, Tan Cheng Lock dan Tun V.T. Sambathan, barulah kita dapat merasai nikmat kemerdekaan. Perkara ini sepatutnya perlu diketahui oleh setiap warganegara kerana “sesiapa yang melupakan akar bangsanya ibarat si Tenggang menderhakai ibunya”. Sehubungan dengan itu, mata pelajaran Sejarah berperanan sebagai satu platform yang cukup utuh untuk mengetengahkan kembali warisan sejarah kita suatu ketika dahulu.
Akhirnya, kita dapat mengambil iktibar daripada peristiwa lampau melalui mata pelajaran Sejarah. Sarwajagat mengakui, kuasa-kuasa imperialis dunia menguasai Tanah Melayu silih berganti selama 446 tahun. Maka, dalam tempoh itu, kita ditekan dan ditindas selayak binatang oleh penjajah durjana. Justeru, apabila negara sudah merdeka, kita mula menyedari kepentingan sains dan teknologi untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan kuasa-kuasa danawa dunia. Lantas, mengambil iktibar dari peristiwa silam, Malaysia melestarikan teknologinya melalui Koridor Raya Multimedia dan Cyberjaya selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan. Atas prinsip, “ di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung”, Malaysia terus dikenali di seantero dunia. Maka, benarlah bahawa iktibar yang diperoleh daripada pembelajaran Sejarah dapat memajukan negara.
Akhirulkalam, semua pihak perlu bekerjasama dan berganding bahu bagi meningkatkan kualiti dan penguasaan pelajar dalam mata pelajaran Sejarah lagi. Demi kemaslahatan bersama, ayuhlah, kita lengkapkan diri dengan ilmu-ilmu tawarikh agar nilai sejarah kita tidak luput ditelan zaman.

Peranan Ibu Bapa dalam Mengatasi Masalah Remaja

Remaja,
Ingatlah masa depanmu,
Kenanglah,
Jasa ibu dan ayahmu,
Susah payah mereka membesarkan kita.
Lirik lagu di atas cukup jelas memanifestasikan satu mesej kepada para remaja supaya sentiasa menghargai ibu dan bapa mereka. Umum mengetahui, para remaja marcapada ini terlalu lalai dan leka dibuai arus modenisasi. Penglibatan mereka dalam delinkuen social sudah menjadi buah mulut dan mauduk utama perbualan orang mutakhir ini. Justeru, ibu bapa dilihat sebagai satu komponen paling utama malah turut dianggap formula yang cukup mujarab bagi mengatasi masalah dalam kalangan remaja.
Pertama, ibu bapa perlu menghulurkan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepada anak-anak. Hal ini demikian kerana remaja merupakan golongan yang sangat menginginkan perhatian. Naluri mereka yang mudah memberontak sudah pasti dapat ditenangkan menerusi perasaan cinta ibu bapa terhadap anak-anak. Api kemarahan dan banteng keegoan yang menebal di dada mereka pasti mudah diruntuhkan dengan kasih sayang ibarat menatang minyak yang penuh kepada anak-anak. Andai kata remaja ketandusan kasih sayang, sudah pasti mereka akan mecari haluan lain untuk melepaskan diri dari kepompong ketidakselesaan. Natijahnya, mereka akan mula berjinak-jinak dengan najis dadah dan tidak mustahil akan terjerumus dalam kancah kemaksiatan. Berdasarkan statistic yang dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, kadar remaja lari dari rumah kian meningkat sebanyak 5.7 peratus dari tahun 2007 ke 2008. Justeru, sebelum nasi sudah menjadi bubur, ibu bapa perlu mengutamakan anak-anak mereka berbanding hal-hal lain.
Selain itu, ibu bapa juga perlu meluangkan masa bersama anak-anak. Hal ini cukup bertepatan dengan langkah Kementerian Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat yang telah mengisytiharkan cuti pada hari Sabtu dan Ahad kepada semua pegawai kerajaan. Perkara ini cukup membuktikan keprihatinan kerajaan Malaysia dalam menyediakan ruang dan peluang kepada ibu bapa untuk bersama anak-anak. Percayalah, anak-anak akan berasa lebih dihargai apabila ibu bapa menghabiskan masa berkualiti bersama mereka. Tamsilannya, ibu bapa boleh membawa anak-anak melancong, beriadah bersama-sama malahan menjalankan aktiviti kerohanian secara berjemaah. Melihat kepada scenario masyarakat kontemporari, ibu bapa lebih cenderung untuk mengejar materialistic dan menjadikan pejabat sebagai rumah kedua mereka. Sikap “ibarat enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing” ini perlu dikikis segera bagi memastikan para remaja tidak terlibat dalam gejala social. Maka, jelaslah anak-anak remaja perlu dijadikan priority utama dalam usaha membendung kemelut ini.
Di samping itu, ibu bapa perlu menyediakan pendidikan yang secukupnya kepada anak-anak. Pendidikan ini merangkumi pendidikan formal mahupun pendidikan tidak formal. Tindakan kerajaan Malaysia mewajibkan keseluruhan kanak-kanak di negara ini mendapat pendidikan di sekolah amatlah wajar dan perlu disokong. Sehubungan dengan itu, ibu bapa perlulah memastikan anak-anak mereka memperoleh pendidikan sewajarnya, selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sementelahan itu, ibu bapa juga perlu menerapkan pendidikan berbentuk tidak formal kepada anak-anak. Pengajaran ilmu-ilmu agama dan nilai-nilai murni selaras dengan norma masyarakat pada hari ini amat penting bagi memastikan kerohanian yang mantap dalam diri anak-anak. Ingatlah, “segala-galanya bermula di rumah”. Begitulah ungkapan kalimah tokoh filsuf terkenal, Franklin D. Roosevelt. Maka, ibu bapalah yang bertindak sebagai agen pencorak utama karakter anak-anak agar mereka tidak mencetuskan cangkaliwang pada hari muka. Justeru, penerapan pendidikan yang sempurna pasti dapat menangani masalah ini.
Seterusnya, ibu bapa perlu mengawasi perilaku anak-anak. Peribahasa Melayu ada menyebut,” kalau tiada angin masakan pokok akan bergoyang”. Setiap perbuatan yang dilakukan oleh anak-anak pasti ada penyebabnya. Sehubungan dengan itu, adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk sentiasa mengikuti perkembangan diri anak-anak remaja mereka. Pergaulan bebas anatara lelaki dan perempuan sudah sinonim dengan masyarakat. Seluar ketat, baju singkat hingga menampakkan pusat ibarat suatu adat. Maka, di sinilah ibu bapa perlu memainkan peranannya iaitu meninjau perubahan sikap anak-anak mereka. Serbuan pihak polis di kota metropolitan Kuala Lumpur iaitu di kelab-kelab malam di sana mendapati hampir 15 peratus anak-anak remaja di bawah umur ditahan positif dadah. Perkara ini jelas menunjukkan andai ibu bapa membiarkan anak-anak mereka tanpa tempat bergantung, mereka akan mudah terlibat dalam kebejatan sosial pada masa ini. Maka, ibu bapa perlu bertindak proaktif dan pragmatic dalam usaha membasmi gejala sosial dalam kalangan anak-anak remaja.
Akhir sekali, ibu bapa perlu melengkapkan keperluan asas anak-anak. Sekali air bah, sekali pantai berubah. Begitu juga dengan perkembangan dunia yang kian ekstrem menjengah kita. Justeru, dalam kita mengharung arus pascamodenisme, sudah tentu anak remaja tidak mahu dihimpit dengan ketidakselesaan dan pemikiran yang jumud. Maka, sebagai ibu bapa, mereka perlu menyediakan keperluan asas anak-anak bagi menjamin keselesaan. Tempat tinggal yang kondusif, pakaian yang bersesuaian serta makanan dan minuman yang berkhasiat perlu disediakan. Hal ini amat penting bagi memastikan anak-anak berasa seronok berada di rumah lantas tidak terlibat dalam gejala sosial. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh sekumpulan mahasiswa Fakulti Sains Kemasyarakatan, Universiti Malaya, anak-anak remaja daripada golongan miskin lebih cenderung untuk terlibat dalam penagihan najis dadah. Hal ini pastinya akan dapat dibendung andai segala keperluan asas remaja dilengkapkan walaupun ibu bapa tidak melambakkan kemewahan kepada mereka.
Intihanya, ibu bapa perlu memantapkan kemahiran keibubapaan mereka lagi dalam mendidik anak-anak. Contohilah ketokohan Luqmanul Hakim yang cukup hebat mendidik anak-anaknya berorientasikan Al-quran dan al-Hadis. Kita tidak mahu remaja-remaja yang bobrok dan kaya dengan pidana dihasilkan. Sebaliknya, kita inginkan barisan remaja yang berkaliber, cukup syumul dan utopia hasil didikan kedua-dua ibu bapa mereka. Marilah kita berubah, “sebelum padi di tangan menjadi lalang” dan “ayam ditambat disambar helang”, ayuhlah ibu bapa, berkorbanlah demi masa depan anak-anak tercinta.
Berkorban apa sahaja,
Harta ataupun nyawa,
Itulah kasih mesra,
Sejati dan mulia.
Ingatlah, ibu bapa cemerlang, anak-anak gemilang!

Home Stay Programme

A very good morning firstly I bid to Miss Azlinda, the advisor of English Language Society and to all the venerated members of the society. On this salubrious morning, I , as the President of the English Language Society am honoured to give a brief talk on the home stay programme organised by our society. Therefore, before I proceed, kindly please lend me your ears for a while.
My fellow friends,
As you all know, the home stay programme organised by us is not only a run-of-the-mill project. Opportunity like this only comes once in a blue moon. I am really sure that all of you are eager and cannot wait for the red-letter day to come. So, firstly, I will talk on the preparations needed for this programme.
First and foremost, bring enough warm clothing. This is very important as we are going to stay in a cold region that is Cameron Highlands. I am sure that no one over here wants to stammer in the cold when the icy cool air caresses your skin. So, bear in mind to put in your checklist sweaters and all sorts of thick clothes.
Next, be prepared for ourdoor activities. For your information, almost all of the activities there are arranged just to make sure that the participants can savour the beauty of nature in Cameron Highlands. There will be a visit to the infamous strawberry orchard, jungle trekking and not forgetting dipping in the cascading pool of Lata Iskandar. All of these activities require physical and mental strength in order for you to be as fit as fiddle. Thus do not forget to exercise and be in a good health during the activities.
My fellow friends,
Do you know that there are a million and one benefits of joining the home stay programme? One of the most important ones is you could experience staying with a host family. To be frank, I have been with foster families a few times and what I can say is the experience is simply indescribable. You will have the chance to mingle around with the family members thus tightening the rapport between the participants and the family members. You will surely have a whale of time living with them.
Secondly, you will enjoy new surroundings. The tranquillity and serenity provided by the lush verdant hills of Cameron Highlands will surely rest your mind. Away from the hustle and bustle of the city, you could easily and peacefully enjoy the environment there. The feeling of smooth cooling air ruffling your hair is exceptionally amazing. Besides, Cameron Highlands is the perfect haven for those who seek solace and is a paradise for the nature-lovers.
Furthermore, you will be able to be independent. This programme is the platform for all of you to practise standing on your own feet. Without “abah” and “mama” by your side, you can still survive and mind your own necessities. Moreover, you will have the chance to participate in interesting activities. This will be a fun-filled programme as I can guarantee to all of you that it will never be dull and you will relish in all of these activities to the max.
To put it laconically, I would like to urge all of you to be prepared for this home stay programme. Remember, we have done a thousand and one jobs to ensure this programme bears the fruit of success. So, my comrades-in-arms,let us venture the valleys of Cameron Highlands! With that, thank you. 

The Secret Of Success

The UPSR, PMR, SPM and STPM examination is just around the corner. All the students study really hard and all teachers will not miss even one class. They make sure that their students get good grades in the examination as it will decide what their future will be.
                But some students are lying around and do what they should not to. If they want to get excellent grades in the examination, they should not waste time. Wasting time doing bad and unhealthy activities such as watching television, playing computer games, surfing internet and listening to music all day would not make you smarter. It just makes you dumber. So, drop out these activities and use the time to do activities that are not beneficial like playing computers games at cybercafé, loitering at shopping mall and sucking cigarettes.
                You also must not miss classes. If you always miss a lot of classes, you will also miss the lessons that really important in your examination. Leave class if you only need to and with a reasonable excuse. It is a really bad habit to leave class especially you used the wasted time to do not beneficial activities. So, do not ever miss class without a good explanation.
                Next, do not do last minute studying. Do not wait for the last five day until you do your revision. Revise your studies the moment your teacher leave class. Doing last minute studies is not good for your brain. Your brain will be packed of things. You should have a relax when it comes to last five days before your examination.
                Moreover, do not stay up late weather you are studying, reading novel or even watching television. Sleep at 10 pm and you will have a great day the next morning. Staying up late is also not good for your mind and brain. Besides, if you stay up late in the midnight, you will sleep in class. And, sleeping in class is a really bad habit and you will miss some lessons. These are the things you should not do when you in your examination year.
                If you want to get 5As, 8As, 9As or 4as in you examination, the first things you must do is paying attention in class. That would help you a lot. If you do not understand, just ask the teacher. No one will be mad or laugh at you unless you asking the things that unrelated to your studies. And, do write notes.
                Next, revise regularly. Do revise at night or during your free time. Check your notes that your teacher gave you. Read the notes regularly. That will help you to remember the note that is very important such as history, science, chemistry or biology. These subjects will test your memory skills so always read these notes.
Besides, if you really do not understand what the teachers are teaching in class, get a help from your friends. Create a study group with your classmates. But, choose a positive, intelligent and friendly one. Do our study groups in the evening. Your friends will help you a lot and you understand better.
                If you still do not understand the subject, go to an additional class. Get the information about some tuisyen class that is really effective. Or, you can get a tuisyen teacher to go to your house. Get a friendly but strict one. You will feel comfortable with you r teacher and you will not scared to ask question to your tuisyen teacher.
                Make a timetable for your daily activities. For example, in the morning, you go to tuisyen class. In the afternoon, you can watch television or surf the internet. Then, you do your chores or homework. Later that evening, you can have an exercise outside the house. In the night, you can do your revision. These are the wise students’ activities. Make sure that you follow the timetable.
                Moreover, eat a balanced meal everyday. For breakfast, you can have two slices of toasted bread or, a half-boiled eggs and a cup of coffee. We must eat carbohydrates for breakfast so, we will have enough energy to start the day. Do not ever leave breakfast. For the lunch, eat rice and side-dishes that contains protein and carbohydrates. But, do not forget to eat vegetables and fruit that contain fiber and vitamin. For dinner, you can have fried rice. You also can eat fat but reduced it. Here a good tip, eat dinner at 8.00 pm. Most people eat at 8 pm. But, Malaysian usually have their dinner at 9.30 pm. It is not good for our health especially for those who sleep early at night.
                Lastly, have an exercise every morning or in the evening, three times a week. Exercise is very important for your body and brains. After the exercise, you will fell refresh and active.
                Do follow these steps if you want to see flying colors in your grades. And, practice makes perfect.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI GEJALA VANDALISME

     Saban hari, kita sering mendengar isu remaja yang tidak pernah habis diperkatakan. Tidak kurang juga berita-berita mengenai salah laku oleh remaja yang tidak pernah lekang di dada-dada akhbar tempatan hampir pada setiap hari. Remaja sebenarnya bolehlah dianalogikan sebagai batu permata yang bakal mencorakkan masa depan negara. Namun, mereka tidak sedar akan hakikat tersebut. Mereka sering melakukan kesalahan yang melibatkan kemusnahan harta benda awam yang boleh diringkaskan dengan perkataan ‘vandalisme’. Menyedari tentang hal ini, tiadakah usaha-usaha dari pihak tertentu untuk menangani masalah ini? (82 patah perkataan)
     Dalam konteks ini, ibu bapalah yang perlu memainkan peranan penting. Didikan agama dan nilai moral yang sempurna haruslah ditanam dalam jiwa anak-anak mereka. Ibu bapa perlu mendidik anak-anak mereka supaya menghargai harta benda awam yang terdapat baik di kawasan tempat tinggal mereka mahupun di tempat lain. Selain itu, mereka harus memantau aktiviti-aktiviti yang biasa dilakukan oleh anak-anak mereka dan mengetahui latar belakang rakan-rakan bagi anak-anak mereka. Sekiranya mereka mendapati anak-anak mereka terlibat dalam gejala vandalisme ini, tindakan sewajarnya harus dilakukan. Hal ini termasuklah dengan memberi amaran tegas kepada anak-anak mereka. Tindakan ini memang sesuai dengan kata orang-orang tua,“Sayangkan anak, tangan-tangankan”. (100 patah perkataan)
     Di samping itu, masyarakat tidak harus berpeluk tubuh apabila gejala vandalisme ‘menjalar’ dengan berleluasa di kawasan perumahan mereka. Perbuatan seperti menconteng dinding bangunan, merosakkan telefon awam, buaian di taman permainan dan tong sampah awam wajar diambil perhatian. Masyarakat di sesebuah kawasan itu perlu mengadakan mesyuarat dengan para ibu bapa tentang gejala itu dan mengenakan tindakan seperti denda berupa bayaran kepada ibu bapa yang didapati anaknya terlibat dalam salah laku ini. Kesannya, ibu bapa akan menjadi lebih peka terhadap tindak-tanduk anak-anak mereka. (81 patah perkataan)
     Selain itu, pihak kerajaan perlu mengadakan kempen-kempen untuk memerangi gejala vandalisme. Pihak kerajaan boleh menyebarkan idea tersebut melalui stesen televisyen dan radio tempatan untuk menangani gejala yang semakin ‘membarahi’ negara ini. Kerajaan juga perlu mengenakan bayaran kompaun yang setimpal kepada sesiapa yang didapati melakukan sebarang aktiviti yang melibatkan kerosakan harta benda awam. Individu yang didapati bersalah melakukan perbuatan laku musnah ini perlulah melakukan kerja-kerja kebajikan kepada masyarakat seperti menyapu sampah dan membersihkan tandas awam dan taman-taman permainan. Natijahnya, sudah pasti gejala vandalisme akan dapat diatasi dengan penguatkuasaan undang-undang yang tegas oleh pihak berwajib. (93 patah perkataan)
     Kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu dan mengerah keringat untuk bersama-sama memerangi gejala vandalisme ini. Walaupun isu ini dilihat tidaklah terlalu teruk, tetapi ingatlah bahawa ia dapat memberi impak yang besar kepada negara. Sekiranya semua kemuahan awam kita tidak boleh digunakan atau diconteng, maka di manakah kita hendak meletakkan air muka kita. Imej negara yang bersih hanya akan tinggal kenangan sahaja. Ayuhlah kita bertindak segera untuk ‘memerangi’ gejala ini dan ingatlah , ‘jangan sudah terhantuk barulah nak terngadah’.

Saturday 11 June 2011

faedah melancong

Melancong merupakan salah satu aktiviti yang amat menyeronokkan. Tambahan pula, ia memberi banyak mantaat. Semua manusia mengimpikan tempat yang indah untuk dilawati dan menghabiskan masa cuti bersama keluarga setelah penat menjalani kerja seharian. Negara kita mempunyai banyak tempat pelancongan yang menarik dan sesuai untuk dijadikan destinasi percutian.
Dengan melancong kita akan dapat menambahkan pengetahuan dan meluaskan pandangan ke tempat-tempat yang belum pernah kita lawati. Contohnya kita akan dapat melihat kebudayaan yang diamalkan di sesebuah tempat yang jauh berbeza dengan tempat kita. Selain itu, melancong juga dapat melapangkan fikiran. Fikiran kita perlu juga direhatkan daripada terus bekerja.
Melancong juga mengeratkan hubungan kekeluargaan. Dengan melancong kaum keluarga dapat beramah mesra dan bersenda gurau sambiberhibur. Hal ini amat digalakkan oleh kerajaan memandangkan institusi kekeluargaan kini semakin longgar. Ibu bapa yang sibuk bekerja serta anak-anak yang sibuk dengan urusan pelajaran dapat bertemu dan bersatu serta mengukuhkan hubungan yang kian longgar.
Dengan melancong juga kita dapat mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah. Anak- anak terhindar daripada melakukan perkara negatit terutama pada waktu cuti sekolah seperti bercampur gaul dengan remaja yang rosak akhlak. Ibu bapa juga dapat mengetahui aktiviti anak-anak kerana sepanjang waktu melancong, anak-anak sentiasa bersama mereka.
Melancong juga akan dapat memajukan industri pelancongan negara. Kita sebagai rakyat Malaysia, hendaklah melancong ke seluruh Malaysia dahulu sebelum melancong ke luar negara. Malaysia tidak kurang hebatnya, kaya dengan destinasi-destinasi yang menarik. Contohnya Pulau Langkawi, Melaka Bandaraya Bersejarah, pantai Port Dickson, Tasik Kenyir, Air Terjun Sekayu, Pulau Tioman, Cherating, Zoo Negara, dan sebagainya.
Melancong bersama keluarga banyak taedahnya. Jadikan aktiviti ini untuk mengeratkan lagi silaturahim antara keluarga dan merehatkan tikiran yang dipenuhi dengan bebanan kerja

pencemaran sungai

“Kesihatan melambangkan kekayaan” dan “Badan sihat, otak cerdas” sering diungkapkan oleh orang ramai. Oleh itu, kesihatan amat penting kepada kita dan kita wajar menjaganya dengan sempurna. Kita sanggup melakukan pelbagai aktiviti untuk mencapai tahap kesihatan optimum seperti mengambil pelbagai produk kesihatan dan ubat-ubatan.
Langkah pertama yang perlu kita amalkan untuk menjaga kesihatan adalah dengan mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang setiap hari. Justeru, kita harus mengambil makanan daripada semua kelas makanan pada kadar yang betul seperti yang disyorkan oleh piramid makanan. Antara makanan yang berkhasiat termasuklah sayur-sayuran yang kaya dengan serat dan vitamin, bijirin, buah-buahan, hidupan laut, dan hasil tenusu yang membekalkan protein. Kita harus memastikan bahawa kita hanya mengambil makanan yang berkualiti sahaja.
Selain pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat, kita perlu beriadah dan melakukan senaman atau bersukan. Hal ini perlu ditekankan sekiranya kita jarang melakukan kerja berat. Dengan beriadah atau bersukan, kita dapat menggerakkan otot badan dan membolehkannya berfungsi dengan baik. Di samping itu, kita juga dapat membakar lemak yang berlebihan dan mengeluarkan peluh. Aktiviti bersenam juga dapat melancarkan pengaliran darah dalam tubuh ke jantung dan mengurangkan risiko penyakit jantung. Pihak kerajaan menggalakkan masyarakat melakukan aktiviti sukan untuk mencegah seseorang daripada menghidapi kencing manis, sakit jantung, dan tekanan darah tinggi.
Akhirnya, ubat yang paling mujarab untuk mengekalkan kesihatan seseorang adalah dengan mempunyai rehat dan tidur yang secukupnya. Setiap orang digalakkan tidur tidak kurang daripada enam jam sehari. Kita juga harus berehat bagi mengekalkan kesihatan yang stabil. Orang yang tidak mempunyai rehat yang cukup tidak dapat menumpukan perhatian kepada kerja yang dilakukan dan melaksanakannya dengan baik. Malah mereka mudah berasa letih dan senang jatuh sakit. Oleh yang demikian, masa sekurang-kurangnya lapan jam sehari diperuntukkan untuk berehat dan tidur amat perlu ditekankan.
Kesimpulannya, kerajaan amat menitikberatkan kesihatan rakyat dengan menyediakan pelbagai kemudahan kesihatan di samping melancarkan kempen “Rakyat Sihat, Negara Maju.” Rakyat yang sihat dapat menyumbang kepada pembangunan negara dan menjadi pekerja yang produktif. Justeru, setiap rakyat harus bertanggungjawab untuk menjaga kesihatan diri seperti kata cogan kata mencegah lebih baik daripada merawat.

larangan penggunaan telefon bimbit

san dan menjadikan negara kita semakin maju. Ringkasnya, peralatan teknologi yang canggih dapat membantu manusia membuat sesuatu kerja yang tidak termampu dilakukan oleh manusia. Sehubungan itu, pelbagai alat teknologi seperti komputer, telefon bimbit, satelit dan sebagainya telah dicipta dari semasa ke semasa untuk kemudahan kita.

Antara alat canggih yang telah dicipta oleh manusia, telefon bimbitlah yang paling biasa digunakan. Dengan adanya telefon bimbit, kita dapat menghubungi sesiapa sahaja walau di mana-mana pun hatta berada di tempat yang sangat jauh. Selain itu, pengendali telefon bimbit juga memperkenalkan perkhidmatan mesej pendek. Oleh itu, kita dapat menghantar berita dengan telefon bimbit, bukan lagi menggunakan perkhidmatan pos yang lambat dan berkos tinggi. Perkhidmatan ini lebih menjimatkan masa dan wang. Oleh itu, banyak orang menggunakan telefon untuk perkhidmatan ini. Selain itu, kamera serta pemain muzik juga telah dipasangkan pada telefon bimbit. Telefon bimbit juga semakin canggih hingga boleh melayari laman web dan juga menggunakan perkhidmatan 3G.

Kebanyakan ibu bapa membeli telefon bimbit untuk anak-anak mereka kerana mudah dihubungi. Oleh itu, kita dapat melihat banyak murid yang mempunyai telefon bimbit termasuklah murid-murid sekolah rendah. Setelah mempunyai telefon bimbit, mereka dapat membuat apa-apa sahaja serta dapat pergi ke mana-mana sahaja kerana dengan kemudahan telefon bimbit, mudah sahaja hendak menghubungi mereka. Sebagai akibatnya, banyak murid akan membawa telefon bimbit ke sekolah walaupun tidak dibenarkan.

Langkah kerajaan melarang penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar di sekolah memang tepat. Apabila pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah, mereka akan mengakibatkan banyak masalah disiplin. Mereka akan menunjuk-nunjukkan telefon yang dibelikan oleh ibu bapa mereka. Maka, sikap materialistik wujud dalam diri pelajar yang masih berusia muda itu. Pelajar yang tidak mempunyai telefon bimbit juga akan berasa tersisih kerana tidak ada teman berbual seperti kawan lain yang mempunyai telefon bimbit. Mereka berasa rendah diri dan tidak puas hati dan akhirnya mereka mungkin mencuri telefon bimbit orang lain. Kesannya, pihak sekolah pula terpaksa menguruskan kes kecurian sehingga menyebabkan proses pembelajaran terganggu. Soalnya, adakah patut kita membebankan guru dengan beban baharu, iaitu menjadi pegawai penyiasat kecurian telefon bimbit?

Selain itu, pelajar tidak dapat menumpukan perhatian semasa guru sedang mengajar kerana mereka akan bermain dengan telefon bimbit. Seterusnya, apabila terdapat deringan telefon bimbit, proses pembelajaran dan pengajaran akan mengalami gangguan. Semasa ujian, pelajar juga boleh menggunakan telefon bimbit untuk menghantar mesej berbentuk jawapan kepada rakan yang lain. Perkara ini adalah amat tidak berakhlak dan tidak adil terhadap pelajar lain. Dengan telefon bimbit yang canggih, mereka dapat mengambil gambar serta mendengar lagu kegemaran mereka. Gejala seperti ini tidak patut berlaku di sesebuah sekolah. Selain itu, dengan menggunakan telefon bimbit, pelajar-pelajar dapat memuat turun gambar-gambar atau klip-klip video yang tidak senonoh. Mereka akan berkongsi gambar atau klip video tersebut dengan rakan. Maka, pelajar akan mudah tepengaruh dengan gejala tidak sihat.

Mengikut kajian, telefon bimbit akan mengeluarkan sejenis gelombang bunyi yang akan menjejaskan kesihatan. Tambahan pula, kini para pelajar masih dalam proses tumbesaran. Telefon bimbit tidak sesuai digunakan oleh murid-murid yang berusia muda kerana akan menjejaskan kesihatan mereka. Hakikat ini haruslah diberikan perhatian oleh setiap pihak. Mencegah itu lebih daripada merawat. Janganlah apabila kesihatan sudah terjejas, pihak lain pula dipersalahkan sedangkan mereka sudah diingatkan berkali-kali tentang kesan gelombang telefon itu.

Tuntasnya, langkah kerajaan melarang penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar di sekolah sememangnya merupakan langkah yang bijak. Melalui perbincangan saya di atas, kita dapat mengetahui impak penggunaan sebuah alat yang canggih ini terhadap para pelajar. Bagi mengelakkan perkara-perkara tersebut berlaku, adalah lebih baik para pelajar menggunakan telefon bimbit apabila dewasa nanti kerana telefon bimbit memerlukan kos penggunaan yang tinggi.

the day i could never forget !

Saturday, April 3, 1990, became a day that I could never forget.   After a long night’s sleep, I started the day with a smile on my face.   On that day, I planned to be going on a simple bike ride with a friend.   First, after I awoke, I was to call my friend and plan the ride.   My friend and I had planned the bike ride to a place in town that we had never seen.   Quicker than ever he arrived at my house.   Upon arrival, we took two Gatorades and headed off on our way.   While riding we saw a bike ramp that we had never before seen.   The ramp screamed out with color, and that feature made it unusual.   The ramp had pictures of animals drawn on it.   We then both challenged eachother to go off the ramp.   Agreeing to go off the ramp at the same time, we headed for the ramp at full speed.   As we gained speed, we noticed a large swirling mass of light on the ramp.   Trying to stop, we were thrown from our bikes into the mass of light.   Next, we awoke from our fall to notice that we warped into a weird dimension that was dominated by animals and humans were the animals’ slaves and pets.   We realized that if we did not turn around and leave, we would be trapped.   As we turned my friend noticed the porthole of light closing.   Finally, we returned through the porthole just in time before it had closed.   Just as we entered the real world I heard a loud buzzing sound.   Lastly, I realized it was all just a dream, but it all felt too real to forget.

The Yarra River

The Yarra River rises in the Great Dividing Range of south central Victoria, flowing west past the towns of Warburton and Warrandyte, until it cuts through Melbourne, where it empties into Hobsons Bay. The upper course contains scenic areas, with woodlands, dairy farms, and vineyards. The Upper Yarra Dam holds back a reservoir that supplies Melbourne with water. The river’s lower reaches were formerly swampy, but they have been reclaimed and now contain Melbourne’s docks and factories. The river’s name is an Aboriginal word meaning “running water”. 246 kilometers 153 miles
Yarra city council mayor Greg barber has urged planning Minister Mary Delahunty to introduce temporary planning controls among the Yarra River along with the mounting pressure of residential and commercial development. The council will vote next month on alteration to the local planning scheme aimed at protecting the river corridor and vegetation, particularly between bridge road and the eastern freeway.
In September 2002 a month before unveiling Melbourne 2030 - the state government’s plan for sustainable metropolitan growth - Premier Steve Bracks was down by the Yarra to announce stronger controls that he said would safe guard the river. Little more than a year latter he said he had much better understanding of why the Yarra needed protection.
Since last year planning applications for sites along the Yarra particularly between bridge Road and the Eastern Freeway. They are among 45 sites large and small between Bridge Road and the Eastern Freeway, zoned for industrial or mixed commercial and residential use.
It’s not a very wide river but the different shapes and the surrounding vegetation make it a landscape feature … that’s what we want to maintain. It’s a race against time to get changes in place that will protect and enhance the landscape qualities of the river.
The proposed changes were aimed at keeping development with in the municipality’s low - rise scale. One the council has endorsed the adjustment the state government - appointed panel will asses it.
A contract property is building the Yarra Falls residential and commercial development on the former knitting mills site behind the Trenerry Crescent. Director Davis Moody said the renewal of the rivers industrial estate was and exiting part of the town’s future. The area is definitely undergoing a renewal process … it’s because of the water.
State and regional development minister John Brumby said the Government had worked closely with the GE for more than 12 months to ensure the new financial services centre,

guruku !

Saban tahun, 16 Mei merupakan hari keramat lagi suci murni kepada warga sekolah, iaitu Hari Guru di tanah air kita. Sekalung budi dan tahniah serta penghargaan yang setinggi-tingginya kepada insan yang bergelar sebagai pendidik. Sehubungan dengan itu, setiap sekolah telah meraikan Hari Guru dengan pelbagai aktiviti seperti mengadakan jamuan, memberikan hadiah dan mengadakan persembahan kepada guru yang disayangi. Ternyata, setiap warga sekolah perlu menghargai jasa dan sumbangan guru terhadap pembangunan individu, bangsa dan Negara. Hal ini selaras dengan tema Hari Guru 2010, “Guru Pembina Negara Bangsa”.
Walhal, guru memainkan peranan yang signifikan dalam pembangunan umat sejagat. Atas bimbingan guru, lahirlah golongan profesional seperti doktor, jurutera, saintis dan lain-lain lagi. Seperti kata mutiara Sasterawan Negara Usman Awang, “Lahirnya seorang Perdana Menteri, Doktor, peguam, dan pensyarah adalah bermula daripada seorang guru biasa yang mengajarnya baca dan tulis.” Dengan kata lain, tanpa guru, siapakah kita? Tepuk dada tanya selera. Dengan kata lain, guru turut menentukan pembangunan negara dengan melahirkan tenaga mahir dan pakar-pakar dalam setiap bidang untuk menjamin kemajuan negara. Iltizam dan komitmen guru telah berjaya mencambah insan yang berketerampilan dan berdaya saing untuk memartabatkan pembangunan negara sehingga negara kita dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara maju.
Pada era digital ini, guru tidak lagi memainkan peranan sebagai penyampai ilmu kepada putera dan puteri yang berjuang dalam medan ilmu. Dalam zaman ledakan maklumat ini, pelajar berupaya memperoleh ilmu melalui pelbagai wadah dan wahana, seperti internet, e-buku, majalah, surat khabar malah televisyen satelit. Ekoran daripada itu, guru perlu bertindak sebagai fasilitator untuk membimbing pelajar menimba ilmu. Mutakhir ini, guru bukan sahaja perlu menguasai ilmu pengetahuan dalam bidang majornya tetapi juga perlu menguasai ilmu psikologi dan ICT supaya dapat mewujudkan suasana yang kondusif dalam pembelajaran dan pemelajaran . Dalam situasi ini, pelajar lebih minat dan beria-ia untuk mengikuti pelajaran. Sebagai impaknya, guru yang menguasai teknologi maklumat dan komunikasi dapat membimbing pelajar mencapai akademik yang cemerlang.
Salah satu tanggungjawab yang dominan bagi setiap guru adalah melahirkan golongan yang memiliki mentaliti kelas pertama kepada tanah air kita. Hal ini terjadi demikian kerana warga didik bukan sahaja memberikan ilmu dunia tetapi juga perlu menyampaikan ilmu akhirat kepada anak buahnya. Pendidikan kerohanian sangat mustahak kepada setiap insan. Guru perlu sentiasa menyuntikkan nilai-nilai murni kepada pelajar supaya mereka dapat menuju ke arah hakiki dan tidak mudah terpengaruh oleh hasutan syaitan. Dengan bimbingan, prihatin, asuhan dan kasih sayang guru, insan yang bersikap penyayang, bersemangat kental dan berfikiran terbuka akan bercambah. Jati diri penggerak wawasan. Atas sumbangan guru, pelajar yang memiliki jati diri dan bersahsiah mulia dapat menjanakan pembangunan negara.
Kita perlu mengakui pengorbanan guru dalam melahirkan anak watan yang berguna. Malangnya, kini banyak pelajar telah dipengarui oleh budaya barat dan hedonisme sehingga terbelenggu oleh kemelut sosial . Remaja kita seolah-olah tidak dapat melepaskan diri dalam kepompong sindrom sosial, seperti melepak, mat rempit, penagihan dadah, dan lain-lain lagi. Sesungguhnya guru perlu mendukung cita-cita untuk membanteras sindrom sosial dalam pekarangan sekolah dan masyarakat kita. Rentetan daripada itu, guru perlu sentiasa bekerjasama dengan ibu bapa untuk mengetahui kemusykilan pelajarnya . Para pendidik sentiasa mengorbankan masa dan tenaga untuk memulihkan pelajar yang tersesat di hujung jalan supaya mereka dapat balik ke pangkal jalan. Secara tidak langsung, guru berupaya mementuk masyarakat madani dan sakinat. Jasa guru akan sentiasa dikenang dalam sanubari anak muridnya hingga akhir hayat.
Guru selalu diibaratkan sebagai lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain. Dedikasi guru dapat membentuk pelajar yang cemerlang dalam akademik dan kokurilum serta berakhlak mulia. Guru berkualiti aspirasi negara. Guru yang bertanggungjawab dan amanah sentisa dihormati oleh rakan sejawatan dan anak murid. Sekalung budi dan sekeping kad Hari Guru sebagai tanda terima kasih yang tidak terperi kepada semua guru. Jasa dan budi guru akan sentiasa dikenang. Segala teguran dan kritikan daripada guru semata-mata adalah demi kebaikan pelajar. Tampaknya, profesion guru semakin mencabar berbanding dengan zaman silam. Oleh itu guru perlu bersemangat waja diri dan gigih untuk meladeni kerenah pelajar yang semakin liar. Jangan putus asa dan patah semangat malah perlu sentiasa menyemarakkan semangat dan motivasi pelajar supaya mereka dapat menjadi insan yang kamil dan seimbang dari segi jasmani, rohani, intelek dan emosi.
Natijahnya, komitmen yang utuh dalam kalangan guru dapat memperkasakan pembangunan insan yang berkualiti sehingga mencapai visi negara, iaitu 1 Malaysia. Guru cemerlang negara terbilang. Pendidik perlu melengkapkan diri supaya dapat membimbing anak pelajar ke arah cemerlang. Gemilang dan terbilang. Selamat Hari Guru.

kebaikan da keburukan membaca novel

Assalamualaikum. Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berbahagia Tuan Pegawai Daerah Kubang Pasu, pegawai polis trafik, dan hadirin yang dihormati sekalian. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi kesempatan untuk menyampaikan ceramah dalam majlis ini.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Kes kemalangan jalan raya menjelang hari raya semakin meningkat sejak kebelakangan ini. Pada tahun-tahun lepas kadar kemalangan jalan raya pada musim perayaan khususnya Hari Raya Aidilfitri tidak sebanyak pada tahun lepas. Terdapat banyak punca yang menyebabkan berlakunya peningkatan kes kemalangan jalan raya di negara kita.
Antara punca utama kemalangan itu ialah kebanyakan pemandu tidak mempunyai lesen memandu. Sesetengah pemandu juga menggunakan lesen memandu yang palsu. Oleh itu, apabila tidak memiliki lesen yang sah, maka pemandu tersebut sudah semestinya tidak cekap dan tidak biasa memandu kenderaan. Hal ini akan mengakibatkan kemalangan. Setiap pemandu harus mempunyai lesen kenderaan kerana sebelum seseorang itu memperoleh lesen memandu, mereka telah didedahkan dengan teknik pemanduan yang betul. Malah apabila mereka lulus ujian pemanduan barulah mereka dianggap layak memandu kenderaan. Oleh itu seseorang yang masih tidak mempunyai lesen memandu dinasihatkan agar tidak memandu kenderaan di jalan raya.
Selain itu, kebanyakan kes kemalangan jalan raya juga berpunca daripada kecuaian pemandu kenderaan itu sendiri. Ramai pemandu yang memandu dalam keadaan mengantuk. Biasanya keadaan mengantuk ini berlaku ketika tengah hari dan sebelah malam. Mereka yang memandu dalam keadaan mengantuk besar kemungkinan terlelap seketika semasa memandu. Seterusnya mengakibatkan kenderaan mereka terbabas ataupun melanggar kenderaan lain pada arah yang bertentangan. Saya amat berharap agar para pemandu memastikan mereka tidak mengantuk semasa memandu kenderaan mereka. Sekiranya pemandu mengantuk mereka dinasihatkan supaya berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan.
Para hadirin sekalian,
Kemalangan juga boleh berlaku apabila pemandu dalam keadaan mabuk. Kemampuan pemandu untuk mengawal kenderaan mereka akan menjadi berkurangan apabila mereka mabuk. Hal ini kerana mereka memandu dalam keadaan berkhayal. Kenderaan yang dipandu mungkin akan membelok ke kiri dan ke kanan sehingga menyebabkan kemalangan. Lebih malang lagi jika kecuaian pemandu ini melibatkan kemalangan kepada pihak lain. Saya juga berpesan kepada semua hadirin agar tidak sekali-kali memandu dalam keadaan mabuk. Ia bukan sahaja membahayakan nyawa anda malahan pengguna jalan raya yang lain.
Kita seharusnya memandu kenderaan yang sempurna sifatnya. Sebelum memandu kenderaan, kita mesti memeriksa kenderaan kita supaya selamat untuk dipandu. Contohnya, keadaan minyak hitam, brek, bateri, air, dan lampu berada dalam keadaan baik. Terdapat pemandu yang tidak menghiraukan masalah ini. Mereka mengabaikan kesempurnaan kereta mereka. Contohnya, mereka tidak mengganti tayar yang haus. Apabila tayar kita sudah haus, sudah tentu daya cengkaman kenderaan itu akan berkurangan. Hal ini lebih membahayakan ketika hujan kerana sewaktu hujan, cengkaman tayar dengan jalan raya semakin berkurangan. Jelas di sini, tayar yang haus boleh menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Bagi mengatasi masalah ini, pihak polis trafik telah mengadakan pelbagai usaha bagi mengurangkan lagi kadar kemalangan jalan raya. Usaha yang dilakukan nampaknya masih kurang berkesan. Pihak kami sering mengadakan kempen keselamatan jalan raya terutama sempena sambutan hari raya. Hal ini kerana kami telah mendapat maklumat bahawa kejadian kemalangan jalan raya semasa musim perayaan meningkat dengan mendadak berbanding hari-hari lain. Hal ini kerana semua rakyat di Malaysia akan melakukan perjalanan jauh sarna ada pulang ke kampung ataupun pergi melancong. Kempen-kempen yang dilakukan tertumpu di jalan-jalan utama di seluruh negara. Melalui kempen ini sedikit sebanyak dapat memberikan kesedaran kepada pengguna jalan raya.
Pada tahun lepas, Menteri Besar Kedah telah menyertai kempen keselamatan jalan raya. Kempen ini telah diadakan di lebuh raya Bukit Kayu Hitam-Sungai Petani. Ketika beliau berucap, beliau telah menekankan kesedaran kepada para pemandu agar memandu kenderaan mereka dengan cermat. Malah beliau juga turut memberikan baju keselamatan kepada penunggang motosikal. Kempen ini sekurang-kurangnya berjaya memberikan sedikit pengetahuan kepada pengguna jalan raya.
Pihak polis trafik juga telah memasang kamera perangkap kelajuan. Kami telah memasangnya di tempat-tempat yang strategik iaitu kawasan yang biasanya dipandu laju oleh pemilik kenderaan. Jika mereka memandu dengan kelajuan melebihi 110 km sejam, justeru kamera perangkap kelajuan ini akan merakam gambar kereta dan pemandunya. Selepas disemak oleh pegawai kami, dan didapati mereka telah melanggar had kelajuan yang dibenarkan, pihak kami akan menghantar surat sama kepada pemiliknya. Cara ini telah dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya terutama di Lebuh Raya Utara-Selatan.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Pasukan polis trafik bertugas selama 24 jam di sekitar jalan raya utama di negara ini. Mereka akan memastikan agar pemandu tidak membawa kenderaan mereka dengan laju atau secara berbahaya. Jika para pemandu memandu kenderaan mereka dengan laju, mereka boleh disaman ataupun kenderaan mereka boleh ditahan. Banyak saman telah dikeluarkan oleh pasukan polis trafik melalui cara sebegini terutamanya di sekitar bandaraya Kuala Lumpur, Pulau Pinang, dan di Johor Bahru.
Jelaslah bahawa kemalangan jalan raya sebenarnya berpunca daripada sikap pemandu itu sendiri. Seandainya pemandu itu berhati-hati ketika memandu maka kemalangan jalan raya dapat dikurangkan. Tetapi seandainya pemandu itu masih lagi berdegil dan tidak mematuhi undang-undang jalan raya justeru kadar kemalangan ini akan terus meningkat dari semasa ke semasa. Oleh itu saya berharap agar setiap yang hadir ini menyedari pentingnya kita berhemah semasa memandu di jalan raya. Saya juga berharap perkara ini dapat disebarkan kepada orang lain yang tidak menghadiri majlis ini.
Sebelum saya mengundurkan diri besarlah harapan saya agar kemalangan jalan raya di negara ini dapat dikurangkan. Sekian, terima kasih

pusat tuisyen pilihan ibu bapa

Memang benar bahawa ramai ibu bapa kini gemar menghantar anak-anak mereka ke pusat tuisyen. Hal ini kerana bagi mereka, belajar di pusat tuisyen boleh memberikan keputusan peperiksaan yang lebih baik.
Sesetengah keadaan, pusat tuisyen menyediakan kemudahan yang lebih selesa. Mereka juga menyediakan kerusi dan meja yang mahal dan menarik. Malah pentadbir pusat tersebut mampu menyediakan alatan yang lebih canggih berbanding di sekolah pada hari ini. Terdapat juga pusat tuisyen yang menyediakan projektor LCD, slaid, dan penggunaan transparensi ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Dengan ini, pelbagai kemudahan yang disediakan dapat menarik minat pelajar untuk belajar.
Pengusaha pusat tuisyen yang kaya, mampu menyediakan alat penghawa dingin di setiap bilik darjah yang digunakan. Apabila suhu di dalam bilik darjah lebih sejuk maka sudah tentu suasana persekitaran bilik darjah lebih nyaman. Hal ini memberikan situasi pembelajaran dan pengajaran yang lebih menarik. Malah para pelajar tidak akan berasa cepat mengantuk berbanding di sekolah yang rata-ratanya tidak menyediakan kemudahan kipas. Oleh itu, sudah tentu para pelajar dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap pelajaran.
Selain daripada itu, para pengusaha yang inginkan keuntungan, akan menyediakan perkhidmatan yang baik. Mereka sanggup memberikan bonus kepada pekerja mereka supaya mereka dapat memberikan perkhidmatan yang baik dan berkesan. Seandainya mereka dapat memberikan perkhidmatan yang berkualiti lebih ramai lagi pelajar akan datang untuk belajar di pusat tuisyen mereka. Hal ini seterusnya akan menaikkan nama syarikat mereka. Justeru, sudah tentu ini akan menambahkan pendapatan mereka kerana keuntungan mereka bergantung kepada para pelajar tersebut semata-mata.
Terdapat juga pusat-pusat tuisyen yang sanggup menawarkan gaji yang lumayan kepada para tenaga pengajarnya. Mereka dibayar gaji permulaan yang tinggi bagi menarik millet guru-guru untuk mengajar di pusat tuisyen mereka. Oleh sebab itu, Tarnai guru sekolah kerajaan yang sanggup mengajar di pusat tuisyen untuk mendapatkan gaji tambahan. Terdapat juga guru sekolah kerajaan yang berhenti kerja dan berkhidmat di pusat-pusat tuisyen.
Selain daripada itu, terdapat juga guru-guru lepasan universiti yang bekerja sebagai tenaga pengajar tetap di pusat tuisyen. Oleh itu, mereka yang mempunyai ilmu pengetahuan yang luas pasti akan mengembangkan ilmu pengetahuannya kepada para pelajar. Guru-guru tersebut akan menjadi contoh yang berguna kepada para pelajar di situ.
Bagi pentadbir yang bijaksana, mereka menyediakan sukatan pelajaran yang lebih canggih daripada di sekolah. Hal ini kerana sukatan pelajaran di sekolah hanya bergantung kepada sukatan yang telah ditetapkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum sahaja. Malah sukatan ini telah digunakan sejak 20 tahun yang lalu. Pentadbir pusat tuisyen yang inginkan kemajuan dan berdaya saing telah menggunakan sukatan pelajaran yang terkini dan efisien untuk meningkatkan mutu pengajaran dan kecemerlangan pelajar.
Kita memang sedia mengetahui bahawa para pelajar yang belajar di pusat tuisyen memang inginkan kemajuan. Seandainya guru-guru di sekolah mereka mengajar sambil lewa sahaja sudah tentu para pelajar yang lemah akan menghadapi kesukaran untuk memahami isi pelajaran yang diajar. Hal ini dapat dtbuktikan apabila terdapat sekolah-sekolah yang menghadapi kekurangan guru untuk mengajar. bagi mengatasi masalah tersebut, care penyelesaiannya adalah dengan mengambil guru sementara untuk mengajar di sekolah berkenaan. Oleh sebeh guru sementara ini tidak mempunyai pengalaman, maka sudah pasti mereka tidak akan dapat menyelesaikan masalah. Selain daripada itu guru sementara ini tidak mempunyai ilmu pengetahuan yang luas. Mereka juga tidak diberi bimbingan khusus untuk menarik minat pelajar ketika sesi pengajaran dijalankan. Dengan ini, kekurangan guru di sekolah-sekolah diselesaikan seperti melepaskan batuk di tangga. Apabila mereka mengalami masalah sedemikian maka sudah tentu para ibu bapa pelajar akan memilih pusat tuisyen sebagai tambahan kepada pembelajaran anak-anak mereka.
Sesetengah pelajar yang lemah begitu sukar untuk memahami isi pelajaran yang diajar oleh guru di sekolah. Masalah ini berlaku terutama kepada subjek-subjek yang sukar seperti Matematik Tambahan, Bahasa Inggeris, Matematik, dan Sains Tulen. Oleh sebab itu, bagi mengatasi masalah para pelajar yang tidak faham isi pelajaran pada hari itu, jalan keluarnya adalah dengan belajar di pusat tuisyen.
Hal ini ditambah lagi apabila ibu bapa tidak dapat memberikan tunjuk ajar kepada anak-anak mereka. Kerana bukan semua ibu bapa berpelajaran tinggi. Selain itu, sesetengah ibu bapa tidak memahami isi pelajaran bagi satu-satu subjek. Oleh itu, mereka sukar untuk menerangkan isi pelajaran kepada anak-anak mereka. Pilihan yang terbaik kepada ibubapa ini ialah menghantar anak-anak ke pusat tuisyen yang terletak berhampiran dengan mereka.
Oleh itu, ramai ibu bapa memilih pusat-pusat tuisyen sebagai tempat bagi menambahkan ilmu pengetahuan anak-anak mereka. Jelaslah bahawa ibu bapa lebih berminat menghantar anak-anak mereka ke pusat tuisyen berbanding di sekolah bagi menyelesaikan masalah pelajaran anak-anak.

kokurikulum

Berilah aku seratus orang tua,aku hanya mampu menggoncangkan perahu yang tertangkup. Jika aku diberi sepuluh orang pemuda,aku mampu menggoncangkan dunia". Memetik kata-kata Soekarno,mantan Presiden Indonesia,jelaslah bahawa pemuda-pemudi khususnya mereka yang masih berada di bangku sekolah merupakan harapan bangsa dan negara pada masa hadapan.Justeru,menyedari akan hakikat sistem pendidikan hari ini tidak hanya mementingkan pencapaian akademik semata-mata tetapi juga pencapaian dalam bidang kokurikulum, kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mewajibkan aktiviti kokurikulum kepada semua pelajar di seluruh negara. Hal ini demikian kerana aktiviti kokurikulum bukan sahaja memberi banyak faedah kepada pelajar tetapi dalam masa yang sama mendatangkan pelbagai kemaslahatan kepada negara. Kegiatan kokurikulum sememangnya mendatangkan pelbagai faedah kepada pelajar. Aktiviti kokurikulum dapat menyihatkan dan mencergaskan tubuh badan pelajar. Dalam hal ini,para pelajar berkemungkinan bebas daripada masalah obesiti yang dialami oleh sesetengah remaja.Sebagai bukti,perangkaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan di Amerika Syarikat,membuktikan bahawa 60 peratus kanak-kanak di negara itu menghadapi masalah perut yang gendut kerana kurang senaman.Bagaimana kegiatan kokurikulum dapat memberikan kecergasan? Hal ini kerana melalui kegiatan kokurikulum yang dijalankan,pelajar memerlukan ketangkasan dan ketahanan fizikal. Sebagai contoh,aktiviti merentas desa dan ekspidisi mendaki gunung boleh meningkatkan daya tahan dan stamina pelajar.Dalam masa yang sama juga,peluh dan bahan-bahan kumuh yang berbahaya akan dibuang.Di samping itu,daya tahan pelajar terhadap serangan penyakit juga meningkat.Oleh itu,berbekalkan tubuh badan yang sihat,mereka akan dapat menumpukan perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran,bak kata pepatah "otak yang cerdas lahir daripada badan yang cergas".Oleh itu,jelas bahawa kegiatan kokurikulum mampu menjamin kesihatan serta mencerdaskan otak pelajar sekali gus membantu mereka mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Seterusnya,kegiatan kokurikulum telah dijadikan salah satu syarat untuk melanjutkan pelajaran ke pusat-pusat pengajian tinggi.Hal ini kerana KPM telah mengambil langkah drastik dengan menetapkan sepuluh peratus daripada syarat untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi melalui penglibatan dan pencapaian yang baik dalam aktiviti kokurikulum di sekolah. Menurut Dato' Hishamuddin Tun Hussin,Menteri Pelajaran Malaysia dalam Berita Harian 21 Jun 2006,keputusan tersebut bertujuan untuk melahirkan graduan yang serba boleh dalam pelbagai bidang.Berdasarkan keputusan itu,para pelajar diwajibkan menyertai pelbagai badan kokurikulum yang terdapat di sekolah.Dalam hal ini juga,segelintir pelajar yang aktif akan diberi jaminan dan kemudahan untuk memohon dan mendapatkan sesuatu pekerjaan.Oleh itu, para pelajar tidak lagi boleh memandang remeh terhadap aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah kerana berkemungkinan akan menjejaskan peluang mereka melanjutkan pelajaran sekali gus mendapatkan pekerjaan selepas menamatkan pelajaran. Selain itu,pelajar dapat memenuhi masa senggang dengan berfaedah melalui penglibatan dalam kegiatan kokurikulum.Hal ini kerana dengan menyertai pelbagai kegiatan kokurikulum penglibatan pelajar dalam gejala sosial dapat dikurangkan ke tahap yang paling minimum.Dalam masa yang sama juga,pelajar akan bersikap lebih menghargai masa yang terluang dan sentiasa berpegang kepada kata-kata bahawa masa itu emas.Sebagai contoh,sekumpulan pelajar yang menyertai aktiviti perkhemahan akan memperoleh banyak pengetahuan tentang cara terbaik berinteraksi dengan alam.Mereka akan ditanamkan dengan perasaan cinta akan alam sekitar,di samping mengamalkan sikap bagai aur dengan tebing dengan peserta perkhemahan yang lain.Dengan mengikuti aktiviti-aktiviti yang berfaedah remaja akan kurang berhadapan dengan eisiko dipengaruhi oleh gejala yang bertentangan dengan norma-norma masyarakat timue seperti budaya 'punk',hedonisme,vandalisme dan lain-lain lagi.Pada masa yang sama,pelajar tidak akan mudah kehilangan arah atau petunjuk hidup sekiranya masa yang terluang diuruskan secara efektif dan efisien.Justeru,remaja akan lebih bersikap positif dan cenderung untuk melakukan pelbagai aktiviti yang mendatangkan pelbagai faedah kepada diri,keluarga dan masyarakat sekeliling. Seterusnya,kegiatan kokurikulum yang dijalankan dapat menjalin hubungan silaturahim serta menyemai nilai-nilai murni dalam diri para pelajar,Hal ini kerana melalui sesuatu aktiviti,mereka akan berganding bahu melaksanakan tugasan yang diberikan.Mereka akan bergaul mesra dan mengenali pelajar-prlajar lain yang terdiri daripada pelbagai etnik.Para pelajar juga berpeluang memahami adat resam dan kepercayaan kaum-kaum lain.Dengan ini perpaduan dapat diwujudkan dan impian Malaysia untuk mempunyai masyarakat majmuk yang harmoni tidak akan menjadi angan-angan Mat Jenin.Di samping itu,aktiviti kokurikulum juga merupakan satu wahana untuk menyemai nilai-nilai murni dalam sanubari pelajar supaya menjadi insan yang kamil dan soleh.Melalui aktiviti berpasukan,nilai-nilai murni seperti bekerjasama hormat-menghormati,kesopanan dan sebagainya dapat diterapkan dan disebatikan dalam diri para pelajar. Dalam masa yang sama,mereka juga diterbiah untuk mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.Secara tidak langsung,mereka juga turut melalui proses pembentukan peribadi yang sempurna seperti peribahasa Melayu,sambil menyelam minum air. Selain itu,mungkin tidak pernah terlintas dalam kotak fikiran para pelajar bahawa penglibatan dalam aktiviti kokurikulum dapat mengharumkan nama sekolah dan negara.Hal ini demikian kerana aktiviti kokurikulum merupakan titik permulaan untuk para pelajar mengembangkan bakat yang terpendam dalam diri mereka.Sebagai contoh,atlit-atlit negara seperti Nicol David,Shalin Zulkifli dan Lim Keng Liat dicungkil dan digilap melaui aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah.Bermula dengan bakat yang semakin terserlah kebolehan mereka seterusnya digilap oleh jurulatih-jurulatih yang berpengalaman.Oleh itu,untuk membolehkan negara berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain dalam bidang sukan,maka lebih banyak bakat harus dicungkil bagi mengharumkan nama Malaysia.Hari ini,kita tidak harus terus bergantung kepada atlet veteran sahaja yang semakin menuju ke kemuncak kerjaya mereka.Sebailiknya sebagai persediaan banyak usaha harus dilakukan supaya bakat-bakat pelajar yang berpotensi dapat dicungkil dan dikembangkan. Konklusinya,tanggapan sesetengah ibu bapa bahawa aktiviti kokurikulum tidak membawa kebaikan dan membuang masa sahaja haruslah dikikis,Demi mencapai visi kudsi Wawasan 2020 dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)2006-2010,Malaysia memerlukan generasi penggerak wawasan yang berkaliber,berwibawa dan berintelek selari dengan modal insan yang memiliki minda kelas pertama.Amalan peribahasa sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tidak berguna haruslah dihayati dan direnungi bersama kerana peribahasa ini mempunyai konotasinya yang tersendiri.Justeru,sama-samalah kita berganding bahu dan menggembleng tenaga menjayakan visi ini.