Monday 2 May 2011

Pentingnya kebersihan kepada manusia

Kebersihan bermaksud tidak kotor yang merangkumitubuh badan,udara dan air.Kebersihan tubuh badan dapat dibahagikan kepada dua iaitu secara luaran dan dalaman.Bersih dalaman bererti suci dan murnimerangkumi jiwa,hati dan perasaan.

Kebersihan perlu dijadikan amalan hidupsehari-hari.Apabila tubuh badan bersih,kita akan kelihatan kemas dan menarik.Yang penting,diri kita tidak mudah dijangkiti penyakit.Sebabnya tubuh badanlah yana selalu terdedah keoada penyakit.

Hati juga harus bersih.Bersih sini bermaksud tidak berniat jahat terhadap sesama manusia.Dengan itu akan mudahlah terpupuknya perasaan kasih sayang,hormat-menghormati,bertolak ansur dan harmoni.Hidup sesama jiran dan rakan haruslah selalu berbaik-baik sangka antara satu sama lain.

Begitu juga dengan kebersihan persekitaran.Makanan dan minuman perlu bersih supaya tidak menjadi punca penyakit.Penyakit akan menyusahkan hidup manusia sepanjang masa.Sekolah perlu bersih.Sekolah yang bersih,kemas dan persekitaran yang hijau dapat melahirkan suasana belajar yang menyeronokkan.

Pencemaran alam sekitarmenjejaskan mutu hidup manusia.Pencemaran alam sekitar berpunca dari banyak perkar.Ada yang disebabkan pembuanagan sampah,pembuangan sisa kilang dan asao kilang perusahaan.Udara dan air menjadi kotor kerananya .Pencemaran ini menjejaskan hidupan air seperti di kolam,sungai dan hidupan laut.Kesemuanyamenjadi sumber makanan manusia.

Oleh itu,kebersihan itu penting kepada manusia.Mutu hidup manusia bertanbah baik apabila alam sekitar bersih.Yang penting,dalam diri manusia haruslah juga bersih supaya hidup lebih mesra dan berkasih sayang satu sama lain.

No comments:

Post a Comment