Sunday 25 September 2011

Anak Yang Derhaka Pasti Akan Mendapat Balasannya

         Amin merupakan salah seorang daripada anak muda kampung kami yang berjaya melanjutkan ke universiti. Amin merupakan anak dari keluarga yang miskin. Kehidupan mereka seperti kais pagi,kais petang makan petang. Namun berkat daripada kegigihan Amin,dia berjaya melanjutkan pelajarannya ke menara gading.
          Setelah Amin menamatkan pengajiannya,dia mendapat pekerjaan yang menawarkan gaji lumayan. Amin mula berubah sikap apabila dia mula berkawan orang yang kaya. Amin malu untuk mengaku dirinya berasal daripada keluarga miskin. Amin tidak lagi pulang ke kampung untuk menjenguk keluarganya. Dia juga tidak membantu ibubapanya menyekolahkan adik-adiknya yang lain.
          Pernah suatu hari,ketika itu ayahnya datang ke rumah Amin untuk menjenguk dan bertanya khabar anaknya yang sudah lama tidak pulang ke kampung. Kebetulan kawan-kawan Amin berada di situ. Dia menghalau ayahnya dengan mengherdik dan mengatakan tidak mengenal ayahnya.
           Amin terus hanyut dengan dunianya yang mewah. Dia berbelanja secara boros. Dia juga membeli kereta mewah dan rumah besar. Dia lupa akan tanggungjawabnya terhadap ibubapanya dan adik-adiknya.
            Akhirnya Amin telah ditimpa satu kecelakaan. Dia telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Dia mengalami satu kecederaan yang teruk yang mengakibatkan kaki kanannya dipotong.Amin menyesal dengan perbuatannya yang derhaka dengan keluarganya. Kini dia mendapat balasan akibat perbuatannya.

No comments:

Post a Comment