Sunday 9 October 2011

langkah-langkah mengatasi masalah pencemaran global

Masalah pencemaran global ini berpunca daripada segelintir manusia yang tidak bertanggunjawah terhadap muka bumi yang dianugerahkan oleh tuhan.Karangan ini diambil daripada www.bmpk12.blogspot.com.





Saturday, August 14, 2010

Langkah-Langkah Mengatasi Pencemaran Udara

  • Penampalan ozon

Bahagian ozon yang berlubang ditampal dengan mengionkan oksigen di atmosfera melalui penggunaan belon helium. Selain itu, penampalan ozon juga boleh dilakukan dengan menembak peluru ozon dengan menggunakan kapal terbang yang mampu menampal ozon. Namun begitu, penampalan ozon ini hanya dapat mengawal pencemaran udara untuk jangka masa pendek sahaja.

  • Memperkenalkan undang-undang
Pihak kerajaan yang bertindak sebagai agen pentadbir negara telah mengubalkan pelbagai undang-undang dalam mengawal kadar pencemaran. Sebagai contoh, industri besar dan kecil diwajib menapiskan asap yang dikeluarkan. Wet scrubber merupakan penapis asap kilang dengan menyembur air dan batu kapur pada asap. Proses ini dapat mengurangkan sulfur dioksida sampai 90%.

  • Penggunaan teknologi

Dengan adanya teknologi moden, penggunaan kenderaan menggunakan kuasa elektrik sedang dikaji secara giat di negara-negara barat. Kenderaan jenis ini bukan sahaja tidak menghasilkan pencemaran udara malah pencemaran bunyi. Walaubagaimanapun, tenaga elektrik adalah mahal dan kesannya terhadap alam sekitar mungkin bergantung kepada cara tenaga elektrik tersebut dihasilkan.


  • Kitar semula
Mengitar semula bermaksud memproses atau menggunakan semula bahan buangan seperti plastik, kertas, tin aluminium dan sebagainya. Kaedah ini merupakan proses yang sangat selamat kepada alam sekitar kerana dapat mengurangkan kadar pencemaran. Pembakaran sampah-sarap turut dapat dikurangkan

No comments:

Post a Comment