Sunday 9 October 2011

lankah mengatasi rasuah

Rasuah hendaklah dicegah kerana akan merosakkan nama negara.Karangan ini dipetik daripada www.facebook.com.




Displaying all 18 posts.
  • Waifen
    KONG WAI FEN AA09137 SECTION:A11

    Sebanyak lapan kes rasuah berprofil tinggi yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysi(SPRM) sebelum ini, tidak akan dibawa ke mahkamah termasuk yang melibatkan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Rasuah mendatangkwan banyak akibat yang buruk. Sebagai contoh,rasuah menjejaskan perjalanan dan pentadbiranyang cekapb apabila formaliti diabaikan seperti pilihan raya umum. Selain itu, rasuah juga menyekat kemajuan ekonomi dan mengancam kesejahteran negara. Oleh itu, beberapa langkah haruslah diambil untuk mengatasi masalah kes rasuah ini.

    Terdapat banyak langkah untuk mengatasi kes rasuah. Yang pertama, kerajaan haruslah menerapkan keburukan rasuah ke dalam silibus pendidikan pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Sebagai contoh, guru-guru dalam sekolah haruslah sentiasa menggalakkan pelajar-pelajar banyak membaca surat khabar, buku dan majalah untuk mengetahui lebih banyak isu-isu semasa saeperti kes rasuah. Selain itu, sekolah juga haruslah mengadakan kempen-kempen tentang keburukan kes rasuah supaya pelajar dapat memahami secara mendalam tentang rasuah. Dengan itu, ibubapa juga haruslah bekerjasama dengan guru-guru di sekolah dengan meluangkan lebih banyak masa lapang untuk memberi nasihat tentang keburukan rasuah kepada anak-anak mereka.

    Langkah yang kedua untuk mengatsi maslah kes rasuah ialahkerajaan haruslah menanam nilai-nilai murni ke dalam diri pegawai-pegawai kerajaan. Sebagai contoh, kerajaan haruslah menganjurkan kursus untuk pegawai kerajaan dan pegawai swasta menyertai supaya dapat menaikkan potensi mereka semasa menjalankan tugasan mereka dalam pejabat.Dengan itu, kandungan dalam kursus yang dianjurkan ini haruslah mengandungi aspek pembangunan rohani yang berteraskan ajaran agama. Ini juga dapat menggalakkan pegawai kerajaan dan pegawai swasta supaya mereka boleh berpegang teguh kepada agama masing-masing.

    Langkah yang seterusnya untuk mengatasi maslah kes rasuah ialah kerajaan haruslah menguatkuasakanundang-undang untuk mencegah kes rasuah yang semakin banyak dalam negara ini. Sebagai contoh, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) haruslah mengambil tindakan yang sepatutnya terhadap sesiapa pegawai kerajaan dan pegawai swasta yang terlibat dalam kes rasuah. Oleh itu, satu operasi dan evolusi yang sistematik dan terancang mestilah dirangka supaya dapat membantu menyiasat sesiapa pegawai kerajaan yang terlibat dalam kes rasuah. Operasi-operasi yang dianjurkan ini perlulah mendapat kerjasama dan galakkan yang banyak daripada kerajaan dan rakyat.

    Kesimpulannya, rasuah meruapakan satu perbuatan yang mementingkan diri sendiri dan kerabat sendiri dengan melanggar undang-undang yang dikuatkuasakan. Selain itu, rasuah juga merupakan perbuatan yang merugikan rakyat dan negara. Oleh itu, factor-faktor yang menyebabkan rasuah di kalangan pegawai kerajaan dan pegawai swasta perlulah dikesan dengan awal supaya langkah-langkah yang lebih efektif dapat dibuat dan diambil untuk membendung gejala tersebut.

No comments:

Post a Comment