Sunday 25 September 2011

Pesta Konvokesyen Kakak Di Universiti Putera Malaysia (UPM)

       Pada hari sabtu yang lepas,saya berpeluang menghadiri pesta konvokesyen kakak di Universiti Putera Malaysia (UPM),Serdang. Saya ke sana bersama-sama keluarga.
       Sejak awal pagi lagi,para graduan beratur untuk memasuki dewan. Ibubapa saya turut memasuki dewan itu. Sementara itu,saya pula hanya menanti di luar dewan.
       Sementara menanti kakak,saya mengambil peluang untuk berjalan di sekitar gerai luar dewan. Banyak gerai dibuka. Terdapat pelbagai cenderahati dan beberapa barangan lain dijual. Saya membeli sejambak bunga mawar merah yang telah digubah dengan cantik untuk kakak.
        Menjelang tengah hari,para graduan mula keluar dari dewan. Keadaan menjadi penuh sesak. Saudara mara dan sahabat handai turut hadir untuk mengucapkan tahniah kepada graduan. Saya mencari ibu,ayah serta kakak.
        Setelah berjumpa,saya memberikan kakak bunga mawar itu. Kakak sungguh gembira. Kami sekeluarga bergambar kenang-kenangan bersama-sama. Kakak juga menerima cenderahati daripada teman-teman sekuliahnya.
         Walaupun keletihan,saya berasa amat gembira kerana dapat meraikan kejayaan kakak. Saya turut berazam untuk belajar di universiti seperti kakak.

No comments:

Post a Comment