Sunday 25 September 2011

Kehidupan Seorang Penagih Dadah

             Menjalani kehidupan sebagai seorang bekas penagih bukanlah sesuatu yang mudah. Dua tahun yang lepas, Razak telah terlibat dengan penagihan dadah akibat terpengaruh dengan rakan-rakan sebayanya. Pada ketika itu Razak berumur dua puluh tiga tahun. Razak telah ditangkap oleh pihak polis dalam serbuan mengejut di sebuah rumah usang. Dia telah dimasukkan ke Pusat Penagihan Narkotik (PUSPEN) untuk menjalani pemulihan.
             Kini, Razak telah dibebaskan dari PUSPEN. Dia bertekad untuk balik ke kampung menolong ibu bapanya mengerjakan sawah. Dia tidak mahu lagi menjadi insan yang tidak brguna seperti masa silamnya. Keluarga Razak menerima kepulangannya dengan gembira.
             Ketika di kampung banyak dugaan dan cabaran yang terpaksa dihadapinya. Kadang kala dia dikeji dan dihina oleh penduduk kampung. Namun Razak hanya berdiam kerana tidak mahu memburukkan keadaan lagi. Keluarganya tetap memberikan sokongan moral kepadanya.
             Pernah pada suatu hari, Razak dituduh mencuri ayam penduduk kampung. Mereka juga menuduhnya mencuri basikal, peralatan ladang dan sebagainya. Razak tetap bersabar. Dia tahu dia tidak melakukan perkara itu.
             Pada suatu malam, Razak berjalan pulang dari surau setelah menunaikan solat isyak. Dia ternampak dua lembaga mencuri sesuatu dari kedai Pak Leman. Razak memberitahu perkara tersebut kepada Pak Mat yang kebetulan rumahnya tidak jauh dari situ. Pak Mat terus memanggil jiran-jirannya untuk memeastikan perkara tersebut apabila mereka tiba di tempat kejadian mereka melihat dua lembaga tersebut sedang mencuri barang-barang di kedai Pak Leman.
              Akhirnya, kebenaran terbukti juga. Rupanya selama ini Abu dan Bakar yang sering melakukan perkara tersebut. Razak difitnah kerana rekod buruknya sebagai seorang bekas penagih dadah.
             Penduduk kampung memohon maaf daripadanya.Razak dapat menjalani kehidupannya seperti biasa tanpa umpat, keji, dan fitnah lagi.

No comments:

Post a Comment