Thursday 8 September 2011

  Sedar atau tidak bahawa penggunaan Bahasa Melayu kini dalam keadaan membimbangkan bagai telur di hujung tanduk.Pada bila-bila masa saja,Bahasa Melayu akan pupus ditelan zaman.Cuba kita imbau kembali pada zaman dahulu kala.Peggunaan Bahasa Melayu sangat porpular sehingga pernah menjadi bahasa 'lingua franca' pada zaman kegemilangan Melaka.Para pedagang yang datang ke Melaka dari serantau dunia menggunakan Bahasa Melayu untuk bertutur.Hal ini kerana Bahasa Melayu sangat mudah difahami dan mereka tiada masalah untuk menggunakannya.
     Namun,kini penggunaan Bahasa Melayu menjadi sebaliknya.Bahasa Melayu ternyata dipinggirkan oleh masyarakat.Tambahan pula dengan kewujudan Bahasa SMS telah merosakkan pembendaharaan dan kosa kata Bahasa Melayu.Kebanyakan masyarakat kita lebih mementingkan bahasa asing daripada Bahasa Melayu.Mereka akan berasa bangga apabila menggunakan bahasa asing ,namun apabila Bahasa Melayu digunakan,mereka berasa malu dan merendah diri.Tidak dilupakan juga dengan sikap generasi muda yang menganggap bahasa warisan nenek moyang ini tidak penting dan menyusahkan.Sebaliknya,mereka lebih senang menggunakan Bahasa Inggeris untuk bertutur.
     Walaupun telah banyak inisiatif dilakukan oleh kerajaan
,namun masalah ini masalah ini masih menemui jalan buntu.Justeru,rakyat Malaysia haruslah berganding bahu untuk membantu kerajaan menangani masalah ini demi masa depan Bahasa Melayu.

No comments:

Post a Comment