Sunday 25 September 2011

Sumbangan Tokoh Kepada Negara

         Tokoh negara di atas ialah Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.Tunku telah melaungkan perkataan"MERDEKA!" sebaik sahaja bendera British diturunkan pada tahun 1957.
          Majlis itu, turut disertai raja-raja Melayu dan rakyat jelata. Mereka bersama-sama melaungkan perkataan "merdeka" dengan penuh emosi dan bangga.
          Beliau merupakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama.Beliau memegang jawatan tersebut dari tahun 1957 hingga 1970.
          Beliau dan beberapa orang tokoh negara yang lain telah pergi ke London untuk menuntut kemerdekaan Malaya.Beliau telah dinobatkan gelaran Bapa Kemerdekaan Tanah Melayu.Beliau mangkat pada 6 Disember 1990.Jenazah beliau disemadikan di Makam Diraja, Alor Star, Kedah.
          Kita hendaklah mengenang jasa tokoh-tokoh negara terdahulu atau perasaan cinta akan negara dapat dipupuk dalam diri.

No comments:

Post a Comment