Tuesday 4 October 2011

cara menghindar iblis syaitan

Iblis ialah makhluk yang tidak mahu menyembah Nabi Adam,jadi kita tidak boleh terpedaya dengannya.Karangan ini dipetik daripada www.eforum6.cari.com.




Sahih Muslim : Nombor 496 , Halaman 269

Dari Abu Darda' r.a., katanya : " Pada suatu waktu , ketika Rasulullah saw. sedang solat, kami mendengar beliau membaca : " A'udzubillahi minka" ( Aku berlindung dengan Allah dari kejahatanmu ). Kemudian beliau membaca pula : " Al'anukabilla'natillah " ( x3) (Aku kutuk engkau dengan kutukan Allah) sambil beliau menjangkaukan tangannya seperti orang hendak menerima sesuatu .

Ketika telah selesai solat kami bertanya , : Ya , Rasulullah ! Tadi dalam solat kami mendengar anda membaca sesuatu yang belum pernah kami denganr anda membaca sebelumnya, dan kami lihat anda menjangkaukan tangan anda. "

Jawab Rasulullah , " Tadi musuh Allah iblis datang membawa obor menyala hendak di lemparkannya ke muka ku . Lalu ku bacakan: " A'udzubillahi minka" ( Aku berlindung dengan Allah dari kejahatanmu ). Kemudian ku baca pula : " Al'anukabilla'natillahit tammah falam yasta'khir " ( x3) (Ku kutuk engkau dengan kutukan Allah yang sungguh-sungguh , sehingga engkau celaka seketika ) (x3)

Sesudah itu aku bermaksud hendak mengikatnya . Demi Allah , kalau lah bukan kerana doa saudara kami Sulaiman , tentu dia akan terikat sampai Subuh sehingga anak-anak penduduk di sini dapat mempermain-mainkannya . "

---------------------------

Dari hadis ni kita boleh faham bahwa:

1) Nabi sendiri tak sunyi dari cubaan iblis untuk menganggunya dengan berbagai cara , inikan pulak manusia biasa macam harun din tu dan kita semua !

2) dan Nabi sendiri tak pindahkan iblis ke sana sini dan Nabi sendiri tak mengekangnya secara fizikal dengan mengikatnya sampai pagi . Apabila Nabi nak cuba ikat maka Allah ingatkan Nabi mengenai doa Nabi Sulaiman yang tak mahu sesiapa pun sesudahnya dapat menundukkan jinsyaitan , lalu Nabi pun perlu akur dengan tidak cuba menundukkan Iblis .

3) Apa yang Nabi lakukan adalah Nabi membaca ayat-ayat yang memperlihatkan pergantungan Nabi sepenuhnya pada Allah untuk mengatasi gangguan iblis itu , lalu Allah sendirilah yang menghilangkan gangguan iblis itu dari Nabi .

So jelas sekali dari hadis ini, hanya kaedah dan cara yang Allah sendiri tunjukkan sajalah yang dapat mengatasi gangguan iblis syaitan semua . Bukan bermakna iblis syaitan berjaya di kekang dari mengganggu .

Sebaliknya orang yang mengamalkan cara yang di tunjukkan oleh Allah maka orang tu saja yang akan di pelihara Allah dari kemudaratan gangguan iblis syaitan itu untuk seketika , so orang tersebut perlu mengamalkannya secara berkala from time to time untuk mendapat perlindungan Allah secara berterusan dari gangguan iblis syaitan .




Berbeza dengan teknik untuk menghilangkan gangguan jinsyaitan guna garam dan lada keliling bangunan , yang sudah tentulah untuk melindungi seluruh pengguna bangunan tu tak kira orang Islam atau orang kafir dari gangguan jinsyaitan dalam dan sekitar bangunan tu apabila jin syaitan dikatakan tak suka/benci/takut garam dan lada sampai tak mahu masuk bangunan tu .......

So mana mungkin dengan satu teknik maka semua yang dalam bangunan tu boleh tak di ganggu jinsyaitan , sedangkan jelas tertera dalam Al Quran yang syaitan boleh sesatkan siapa saja yang dia nak melainkan hamba Allah yang ikhlas tunduk patuh pada Allah semata-mata, oleh itu orang kafir serta orang lalai sesekali tak akan di jaga Allah dari gangguan jinsyaitan !

Quran 15:39 "Iblis berkata: ""Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya," 15:40  "kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka""." 15:41 "Allah berfirman: ""Ini adalah jalan yang lurus; kewajiban Aku-lah (menjaganya)."

Tapi guna garam lada keliling bangunan untuk elakkan semua orang tak kira kafir atau Islam dari gangguan jinsyaitan , so itu jelas bercanggah dengan apa yang di tunjukkan dalam Quran Sunnah tu !

Seluruh bangunan nak di hindari dari gangguan jin syaitan, padahal seluruh bangunan ada orang kafir dan orang Islam di dalamnya , sedangkan Allah menegaskan dalam Al Quran HANYA orang yang ikhlas yang tunduk patuh padaNya sepanjang masa yang akan di jagaNya dari kemudaratan gangguan iblis syaitan so jelas sekali BUKAN SEMUA ORANG SATU BANGUNAN SEKALI GUS lah !

No comments:

Post a Comment